Monday, August 23, 2010

Semangat Atau Trend?

Baru-baru ini kita dikejutkan (terkejut ke?) dengan fenomena letak "save gaza / for gaza" kat profile picture Facebook kita. Masa tu memang ramai sangat kawan-kawan kita yang letak gambar tu. Boleh dikatakan 50 orang dari 100 kawan-kawan kita yang akan letak "save gaza" tapi apa sebenarnya yang kawan-kawan kita cuba lakukan?

Yahudi mabok tetap serang saudara kita di Palestin macam main game PS2 saja lagaknya. Tembak hentam manusia dan rumah kediaman tanpa sebarang perasaan. Tapi bukan itu point yang aku nak ketengahkan dalam entri ni. Apa motif kawan-kawan kita dalam Facebook letak profile picture save Gaza? adakah kerana ingin meluahkan perasaan simpati terhadap saudara-saudara kita yang teraniaya di bumi mereka sendiri atau sekadar ikut trend? setakat klik-klik bukan susah pun.


Jom tengok Facebook kawan-kawan kita sekarang. Ada lagi tak profile picture "Save Gaza" atau yang sewaktu dengannya? Ikhlas aku cakap dalam Facebook aku sekarang cuma ada SEORANG saja yang masih letak gambar tersebut. Bukan sebab dia lama tak online tau. Baru 3 jam yang lepas pun dia ada kemaskini statusnya. Apa jawapan kawan-kawan untuk persoalan aku tadi? Adakah kerana simpati dan bersemangat nak menyelamatkan saudara se-Islam kita di sana tapi tak termampu? atau sekadar ikut trend? kalau kawan-kawan bagi jawapan sebab semangat, mana perginya semangat tu? Mana perginya perjuangan kawan-kawan sebelum ni? ataupun aku ni katak bawah tempurung yang masih belum tau saudara-saudara kita dah selamat dan aman damai sekarang? mungkin sebab tu la kawan-kawan dah remove pic tu kan. Aku sendiri pun tak pernah letak gambar tersebut dalam Facebook aku sebab aku tak nampak ada apa-apa kesan yang dapat membantu saudara kita di sana. Sekadar nak ikut trend tak perlu rasanya.

Banyak NGO dan kerajaan sendiri bertungkus lumus berusaha memberi bantuan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa perang. Apa kata lepas ni kalau kita ada terbaca di mana-mana tentang sumbangan atau apa-apa saja bentuk bantuan yang pihak tertentu dah sediakan dan seru kita turut serta membantu, kita sama-sama turut serta? bukan susah pun. Tak perlu pergi ke sana untuk bagi bantuan. Cukup la sekadar derma serba sikit. Tambahan pula sekarang ni kan bulan Ramadhan. Pahala amalan kita di gandakan tau. Kalau nak kemas rumah sempena sambut raya ni terjumpa pakaian kita yang dah tak muat tu (tapi orang sekarang ni ramai yang suka pakai baju tak muat) tak rugi kalau kita sumbangkan kepada pihak yang sudi bertanggungjawab sampaikan derma tersebut kepada mereka yang memerlukan. Ada juga kawan-kawan yang bagi alasan letak profile picture begitu sebab nak bagi semangat kepada saudara-saudara kita di sana menunjukkan yang masih ramai penduduk dunia memihak kepada mereka. Tapi kan kawan-kawan agak saudara-saudara kita kat Palestin tu ada Facebook tak? Mereka boleh tengok profile kita? Boleh nampak tertera "save gaza" di profile kita?
Fenomena yang tak perlu di huraikan ceritanya

A Little Death In DixieA Little Death In Dixie

Wednesday, August 11, 2010

Apple Peel


Dalam masa terdekat ni pengguna Apple's iPod Touch bakal menikmati feature cellular di dalam pemain MP3 mudah alih mereka.
Firma China Yosion Technology yang berpengkalan di Shenzhen telah mencipta Apple Peel 520 protective case yang boleh didapati secara online pada kadar $57 dengan 1 tahun jaminan.
Berdasarkan review di dalam PConline, aksesori tersebut diletakkan di dalam Ipod Touch yang hadir bersama dock connector, bateri 800mAh (di anggarkan 4.5 jam masa berbual dan 5 hari masa menunggu) dan slot simkad. Ia hanya berfungsi bersama jailbroken iPod Touch sebagaimana aplikasi Yosion dan YsSMS perlu di install bagi tujuan mendail dan sms.
Walaubagaimanapun Peel 520 tidaklah mengubahsuai Ipod Touch menjadi full fledge phone.
Kepada kawan-kawan yang bajet nak berlagak dengan Iphone tapi tak mampu boleh la cuba guna Peel 520 ni. Tapi disarankan kepada mereka yang kaya dan berani saja la sebab Ipod Touch dah la mahal Peel 520 ni pulak made in china (hehehe). Apa-apa pun ada warranty 1 tahun. Jualan secara online saja buat masa sekarang. Tunggu la sikit hari lagi ada la tu kat pasar malam. I love sony ericsson forever :)

The Girl with the Dragon TattooThe Girl with the Dragon Tattoo

Tuesday, August 3, 2010

situasi

Situasi 1:
Seorang pelanggan datang dan bertanya kepada penjaga kaunter (P=pelanggan, K=penjaga kaunter)
P: Abang, kat sini ada game M.A.T tak?
K: Ada
P: Game SDOX?
K: Ada
P: Game Sudden Attack?
K: Ada
P: FIFA Online yang baru ada tak bang?
K: Ada gak
P: CSO abang tau tak?
K: CSO tau dan ada kat sini
Si pelanggan tanpa banyak bicara terus tutup pintu dan balik (WTF?!!!)

Situasi 2
Seorang pelanggan yang masih di bawah umur datang sambil membawa CD-R kosong dan terus meluru ke kaunter dan bermula lah perbualan berikut
P: Abang, saya nak copy game-game yang best masuk dalam cd balik main kat rumah boleh tak? (jujurnya)
K: Mana boleh main copy-copy masuk dalam cd
P: Tak muat ka copy dalam cd?
K: Memang la tak muat. Kalau muat pun tak boleh gak
P: Tak apa la abang. Esok saya mai lain bawak pendrive
Penjaga kaunter yang dalam keadaan bengang terus melayan FB tanpa mempedulikan kanak-kanak riang tersebut.

Situasi 3
Seorang pelanggan menjenguk dari luar pintu sambil bertanya kepada penjaga kaunter
P: Abang, bawa masuk makanan boleh tak?
K: Boleh. Jangan bawa nasik sudah la (sambil ketawa kecil tanda bergurau)
P: Ooo bagus la kalau macam tu. (masuk sambil membawa sebungkus keropok dan setin coke)
Keesokannya pelanggan tersebut datang lagi dengan gaya yang sama iaitu menjengolkan kepala dan bertanya
P: Abang, nak bawa masuk makanan boleh kan asalkan bukan nasik kan
K: Ya dik masuk la
Pelanggan tersebut masuk bersama sebuku roti gardenia dan sekotak air
Penjaga kaunter yang terpinga-pinga sambil menggaru kepala berkata dalam hati "nasib baik la dia tak bawa jem sekali"
Selang beberapa hari pelanggan itu datang lagi dan seperti biasa lagaknya akan menjengol kepala di pintu tetapi dia tidak berkata apa-apa. Penjaga kedai yang tertanya-tanya apakah yang bakal dibawa pelanngannya hari ini terus senyum tanpa banyak bicara. Lalu pelanggan itu pun masuk dengan selamba badaknya.
K: Oi!!!! Hang ingat sini pangkin tempat lepak petang-petang ka?!!
Clash of the Titans [Blu-ray]
Clash of the Titans [Blu-ray]

Monday, August 2, 2010

Salam

Hola!!!! Ni 1st time aku buat blog. Belum cukup cerdik lagi nak buat macam kawan-kawan yang lain. Anyway aku harap semua boleh bagi tunjuk ajar. Biasa la orang macam aku ni bukan ada kerja nak buat pun. Tak payah study tak kalut dengan assignment tak ada exam. Pendek kata aku hidup makan tido main ja. Macam budak kecik. Tak salah aku belajar benda baru kan (bagi aku la). Ok lagi dari cuba benda baru yang bawa padah (mesti la dadah). Aku akan cuba berusaha buat blog sampai 'terer' macam kawan-kawan aku. InsyaAllah. Kawan-kawan tolong la sokong dan bantu aku ek. Bak kata pepatah malu bertanya padan muka jadi macam Sapp (bukan nama sebenar). Hopefully I'll enjoy myself and you too!!! Salam