Sunday, October 24, 2010

Budak Zaman Sekarang

Kejadian ini terjadi di sebuah tempat yang tidak boleh di dedahkan lokasinya atas sebab-sebab tertentu.
Kisah ini antara seorang remaja 20an yang menjaga sebuah cyber cafe dan seorang kanak-kanak lingkungan 8 tahun.
Kanak-kanak tersebut telah memasuki sebuah cyber cafe bersama abangnya yang merupakan pelajar sekolah menengah. Si abang telah meng-open pc untuk dia dan adiknya. Si penjaga kaunter yang kebingungan bertanya di dalam hatinya "budak kecik ni reti buat apa dengan komputer?" tetapi penjaga kaunter tetap meng-open pc untuk mereka berdua. Kebetulan pc yang di open terletak hampir dengan kaunter maka si penjaga kaunter yang tertanya-tanya apakah yang bakal dibuat oleh kanak-kanak tersebut tidak dapat menahan diri dari terus melihat gelagat kanak-kanak tersebut.
Si abang membuka Facebook (of course la kan) dan si adik membuka folder game online dan terus klik pada icon SDO-X. Untuk pengetahuan kawan-kawan yang belum tahu mengenai online game ni, kalau nak main kena daftar online dulu. Si adik yang nganga sebentar terus dimaki oleh abangnya

Abang : Bodo!!! Buang duit aku ja open kat hang. Nak main game tu kena register dulu la mangkuk!!!
Adik : Oooo ya ka. Awat tak habaq awai-awai

Penjaga kaunter yang agak terharu dengan bahasa yang digunakan oleh si abang kepada adiknya terdiam seketika. Kemudian si adik lantas membuka homepage SDO-X dan klik di bahagian register. Penjaga kaunter tersebut terkejut beruk melihat gelagat kanak-kanak itu yang agak celik IT dan Bahasa Inggeris. Kejutan tidak terhenti di situ apabila kanak-kanak tersebut mengisi borang register tersebut dengan coolnya. Yang memeranjatkan untuk mengisi borang tersebut si pengguna harus mempunyai email dan harus mengesahkan email tersebut dan kanak-kanak itu melakukan semuanya tanpa bantuan dari abangnya!!! Dalam hati penjaga kaunter itu tertanya-tanya "biaq betoi budak kecik paham BI. Siap ada email sendiri pulak tu."
Selepas selesai mengesahkan email maka kanak-kanak riang tersebut tanpa melengahkan masa terus bermain game SDO-X tersebut. Si abang yang terpinga-pinga melihat kecerdikan adiknya hanya mampu menggaru-garu kepalanya ibarat monyet di hinggap kutu (amik habuan tadi maki sangat adik hang)

Bila di fikirkan balik zaman kita kecik-kecik dulu tengok komputer pun terketaq-ketaq. Nak On komputer lagi la terketaq-ketaq takut silap tekan rosak jadinya. Dah buka komputer pun bukan tahu nak buat apa. Setakat nak Off balik komputer reti la kan. Bagi yang sedikit advance boleh la nak main game pinball kan. Tapi budak-budak sekarang ni melampau lempeng advancenya kalu nak di bandingkan dengan kita dulu kan. Harapnya kepandaian budak ni tak di salahgunakan di suatu hari nanti. Salam

2 comments:

  1. gua agak setuju ngan komen lu beb!!
    hehe.. zaman dulu, paling advance pn men CS,halflife ja..
    xdak nak register2 nih~
    sbb dulu kalo men game sejam rm2, men intrnet sejam rm3..
    mahai2~

    ReplyDelete
  2. aku stat men cs ms skola menengah...skola rndh xreti watpa pn ngn pc...msk ja kelab komputer skola tp habuk pn xreti...cikgu pn xtau nk ajaq lg...hahaha...dunia dh brubh

    ReplyDelete